Kuih Sarang Semut ini merupakan salah satu kuih tradisional kaum Iban di Sarawak. Kuih Sarang Semut atau Kuih Jala ini mempunyai nama yang berbeza kerana mengikut tempat di Sarawak. Sebagai contoh, nama kuih ini dipanggil Penganan di bahagian daerah tertentu. Sarang Semut ini semestinya ada pada perayaan Hari Gawai. Kuih tersebut juga ada sewaktu perayaan Krismas mengikut daerah masyarakat Iban.
Kuih ros atau nama panggilan bagi masyarakat Iban iaitu Acuan. Nama kuih ini juga berbeza mengikut daerah. Kuih ini juga selalunya ada pada perayaan Hari Gawai. Malah pada hari perayaan Krismas, kuih ini selalu dihidangkan untuk para tetamu.
Kuih Sepit adalah kuih tradisional kaum Iban. Kuih ini juga selalunya dihidangkan kepada para tetamu yang datang apabila ada musim perayaan Hari Gawai atau Krismas.