- Sayur midin atau "kemiding" merupakan salah satu daripada makanan kampung yang boleh didapati di tepi semak. "kemiding" selalunya akan di masak dengan sambal belacan. Namun makanan ini bukan saja boleh didapati di kampung bahkan di bandar . Terdapat Pelbagai cara untuk memasak sayur midin ini.
- Sayur midin ini merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Iban.
MANUK PANSUH atau ayam yang di masak di dalam buluh juga merupakan salah satu daripada makanan tradisi orang Iban. Biasanya masyarakat iban akan menggunakan ayam tua untuk dibuat "pansuh". makanan ini sedap dijadikan lauk dan "tabas" semasa perayaan. Daun ubi akan di diletakan pada hujung buluh untuk menghasilkan bau wangi.
KASAM IKAN atau "Pekasam" sangat dikenali bagi suku kaum masyarakat iban. Tidak sah kalau suku iban menghidang makanan tanpa pekasam di sisi. Selalunya, ikan akan diperam selama sebulan sebelum di makan, makin lama peraman makin sedap rasa isinya. Selain itu, pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk di jadikan pekasam seperti ikan semah, baong, lampam jawa, tengadak, sepat dan apa apa saja jenis ikan sungai. selain daripada itu juga, ramai masyarakat tidak dapat menerima makanan ini kerana baunya, tetapi sesetengah lagi dapat meneriamanya dengan baik.
Pekasam ensabi makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sayur sawi dibuat jeruk hingga menjadikannya sebagai pekasam. Pekasam ensabi juga dikenali sebagai "kasam ensabi" oleh masyarakat iban. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas dan dicampur dengan limau. Rasanya akan membuat kita ingin menambah nasi. Kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari hingga generasi sekarang.